....

Takafullink Haji

TAKAFULINK HAJJ – PELABURAN UNTUK KEHIDUPAN ANDA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
Manfaat kematian & kehilangan upaya keseluruhan dan kekal adalah dijamin, dengan syarat baki didalam
Dana Takafulink:

Pengenalan kepada TAKAFULINK HAJJ

Mengerjakan Haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang kelima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)." (Surah Ali Imran, Ayat 97). Sehingga ke hari ini berjuta-juta umat Islam terus menjawab panggilan Nabi Ibrahim (alaihis salaam) untuk mengerjakan Haji.

Takafulink Hajj adalah Pelan Caruman Lazim Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang berakhir pada umur Orang Yang Dilindungi - 80 tahun. Produk ini adalah produk unik yang menawarkan manfaat perlindungan dan juga manfaat pelaburan.Sebahagian daripada jumlah caruman anda diperuntukkan untuk membeli unit di mana-mana Dana Shariah MAA Takaful mengikut dana pilihan anda.
Mungkin tahun ini, anda adalah salah satu di antara mereka yang menjawab panggilan Haji. Untuk menunaikannya, anda perlu mempersiapkan diri secara mental, spiritual dan paling utama dari segi KEWANGAN.
Kini perjalanan anda ke arah mengerjakan haji dan juga melindungi orang-orang yang dikasihi akan diuruskan dengan Takafulink HAJJ!
Takafulink Hajj telah dipakej bersama dengan dua manfaat tambahan iaitu Perlindungan Khusus (MTKP) dan Perlindungan Ziarah (MTZP). Nilai Sijil MAA Takafulink Hajj adalah tertakluk kepada harga unit yang disandarkan, dimana ia adalah tertakluk kepada prestasi Dana Shariah MAA Takaful yang telah dipilih oleh anda.
Pilihan Dana
Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana Dana Syariah MAA Takaful yang bersesuaian dengan tujuan pelaburan anda dan tahap toleransi risiko:



Yuran & Bayaran Takafulink Hajj:




Manfaat Takafulink Hajj


Mengapa TAKAFULINK HAJJ pilihan IDEAL anda…

Pelan ini memberikan anda Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Keseluruhan dan Kekal yang dijamin.Sekiranya berlaku Kematian & Kehilangan Upaya Keseluruhan dan Kekal, Jumlah Perlindungan dan Akaun Pelaburan Peserta akan dibayar dan perlindungan akan tamat.

· Perlindungan 24-jam di seluruh dunia.
· Pembayaran caruman yang berpatutan dilakukan secara bulanan, suku tahun, setengah tahun, atau tahunan.
· Cara bayaran yang mudah: melalui pemotongan dari Biro Angkasa, pemotongan melalui Auto Debit (RHB Bank, Maybank, BSN Giro),
Tunai, Cek, Kad Kredit, Easy Pay (Auto Debit daripada Kad Kredit), Perintah Arahan Tetap dari Bank dan Perbankan Internet.
· Caruman yang dibayar diberi pelepasan cukai, berserta Takaful Keluarga/ Insurans Hayat anda yang lain.Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sehingga maksimum RM6,000, tertakluk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
· Perkongsian untung – Anda layak berkongsi lebihan, jika ada daripada Akaun Pelaburan Risiko Perserta (PRIA), sekiranya ada dan tertakluk kepada tiada tuntutan dibuat. Perkongsian untung adalah berdasarkan kepada nisbah perkongsian 50:50.

Kelayakan
-Orang Yang Dilindungi: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 69 tahun.
-Peserta/Pemohon: Sesiapa sahaja yang berumur di antara 18 tahun ke atas.
 
Model Wakalah
· Pelan Takaful yang membantu Peserta untuk mengumpul dana bagi tujuan melaksanakan Haji atau niat mulia yang lain.
MAA Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibayar. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) dimana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Lebihan pada akhir tahun (jika ada) akan dikongsi diantara Peserta dan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50.
Tiada lebihan akan dibayar jikalau Peserta menyerahkan sijil kembali kepada MAA Takaful atau sijil dimansuhkan disebabkan tuntutan yang dibuat.Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (PIA) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan MAA Takaful Berhad akan mengenakan bayaran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko Pelaburan di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) ditanggung sepenuhnya oleh Peserta.
Nota:
Akaun Pelaburan Peserta (PIA) adalah mencukupi untuk membayar potongan Tabarru’.


Pengalaman dan Kepakaran
MAA Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama strategik diantara MAA Holdings Berhad (MAAH) dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat Takaful yang terbesar di dunia Arab.
Pada 21 Februari 2006, satu Perjanjian Usahasama telah ditandatangani bersama Solidarity, bagi membentuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Takaful untuk menjalankan perniagaan takaful.
Pada 3 Mac 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali Takaful untuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Holdings dan Solidarity dari Bahrain. Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM100 juta dan seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit. Hari ini, MAA Takaful mempunyai kekuatan agensi melebihi 12,000.
MAAH memegang 75% pegangan ekuiti di MAA Takaful Berhad, sementara Solidarity memegang 25% pegangan ekuiti.
MAAH disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad.Anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya terlibat dalam perniagaan jual beli, pajak gadai dan kemudahan kredit yang lain, unit amanah, pengurusan hartanah, pengurusan dana dan perunding pelaburan, keselamatan dan perkhidmatan dan juga dialysis amal. Saban tahun, MAAH telah mengembangkan operasinya ke Indonesia, Filipina dan Thailand melalui MAA International Ltd; salah satu syarikat insurans persisir pantai dalam kumpulan MAAH.

Undang-Undang Takaful
Industri Takaful di Malaysia tertakluk di bawah Akta Takaful 1984 dan diselia oleh Bank Negara Malaysia. Para Pengendali Takaful perlu mematuhi Shariah, syarat-syarat Berkanun dan kawal selia yang ketat.
a. Produk ini adalah produk Takaful dan ianya dirangka mengikut prinsip Shariah.Dana Shariah yang terlibat adalah Dana Shariah Growth MAA Takaful, Dana Shariah Balanced MAA Takaful, Dana Shariah Income MAA Takaful dan Dana Shariah Flexi MAA Takaful.
b. Risiko pelaburan bagi dana akan ditanggung oleh peserta dan manfaat yang diperolehi mungkin bernilai kurang dari jumlah caruman yang dilaburkan ke dalam dana.
c. Manfaat dana pelaburan adalah berdasarkan prestasi sebenar dan tidak dijamin.Nilai dana akan bergantung kepada nilai pasaran semasa dan prestasi pelaburan yang disandarkan kepada dana yang berkaitan. Prestasi dana yang lalu mungkin bukan satu panduan sebaiknya untuk prestasi masa depan, yang mungkin berlainan.
d. Jika anda mendapati produk ini tidak sesuai atas apa jua sebab, anda berhak untuk memulangkan Sijil dibawah fasa tempoh penilaian percuma kepada Pengendali Takaful dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh resit dokumen Sijil. Anda layak untuk mendapat jumlah penuh pembayaran kembali jumlah caruman.
e. Anda harus memastikan bahawa pelan ini merupakan pelan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda dan caruman yang dibayar adalah jumlah yang mampu anda bayar.Caruman yang dibayar dibawah Sijil ini adalah dijamin.
f. Peruntukan Aset daripada Dana Shariah MAA Takaful boleh berubah-ubah, bergantung kepada pandangan Pengurus Dana dan di dalam keadaan pasaran yang kurang menguntungkan, yang mana ianya adalah untuk manfaat pertumbuhan modal dan memelihara potensi hasil pelaburan pemegang unit.
g. Penyertaan di dalam pelan Takaful adalah komitmen jangka panjang dan anda dinasihatkan untuk tidak menyertainya dalam jangka masa yang pendek kerana kos permulaan yang tinggi.
h. Anda dinasihatkan untuk menyertai pelan Pelaburan Caruman Tunggal sekiranya jumlah tahunan yang dibayar adalah melebihi RM5,000.
i. Pemberhentian caruman akan menjuruskan kepada kebarangkalian untuk Sijil menjadi lupus sekiranya jumlah Tabarru’ adalah lebih tinggi daripada jumlah di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
j. Peserta yang menyertai terlalu banyak “unit deducting riders” mungkin menghabiskan nilai di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
k. Jika Sijil ini ditamatkan pada tahun-tahun awal,anda mungkin mendapat jumlah yang kurang dari jumlah caruman yang dibayar.
l. Risalah ini adalah hanya untuk memberi maklumat ringkas berkenaan Pelan Takafulink Hajj. Risalah ini juga bukanlah menjadi asas untuk Sijil Takaful atau pun kontrak. Maklumat di dalam risalah ini mungkin ditukar tanpa memberitahu dengan lebih awal.
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk kepada dokumen sijil dan illustrasi jualan.
m.Sekiranya konsultan telah menamatkan perkhidmatan dengan Pengendali Takaful, Pengendali Takaful haruslah melantik konsultan baru kepada perserta untuk membuat bayaran seterusnya kepada Pengendali Takaful.
n. Sekiranya caruman tidak dibayar mengikut tempoh yang ditentukan, jumlah Tabarru’ anda akan ditolak secara automatik daripada Akaun Pelaburan Peserta ke Akaun Pelaburan Risiko Peserta sehingga Akaun Pelaburan Peserta tidak lagi mencukupi dan Sijil Takaful akan lupus. Tempoh Bertenang selama tiga puluh satu (31) daripada tarikh yang ditentukan akan diberi untuk anda membuat bayaran.


Pengecualian

1. Pengecualian untuk Manfaat Kematian
a. Mencederakan diri sendiri atau sebarang percubaan ke arahnya sewaktu siuman atau tidak siuman;
b. Perkhidmatan tentera pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak semasa berada di bawah arahan berupa peperangan atau pemulihan pemerintahan awam;
c. Memasuki, beroperasi atau berkhidmat, menaiki di dalam atau di atas, menaiki atau membawa kecuali semasa Orang Yang Dilindungi berada di dalam pesawat udara yang dikendalikan oleh penerbangan penumpang komersial yang mengikut jadual penerbangan biasa atau melalui laluan penumpang yang tetap.
2. Pengecualian untuk Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK)
a. Mencederakan diri sendiri atau sebarang percubaan ke arahnya sewaktu siuman atau tidak siuman;
b. Perkhidmatan tentera pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak semasa berada di bawah arahan berupa peperangan atau pemulihan pemerintahan awam;
c. Memasuki, beroperasi atau berkhidmat, menaiki di dalam atau di atas, menaiki atau membawa kecuali semasa Orang Yang Dilindungi berada di dalam pesawat udara yang dikendalikan oleh penerbangan penumpang komersial yang mengikut jadual penerbangan biasa atau melalui laluan penumpang yang tetap.
Nota: Pengecualian diatas tidak menyeluruh dan segala bentuk rujukan hendaklah dirujuk kepada klausa pengecualian di dalam Sijil Kontrak.


Lien Juvenil
Sekiranya Orang Yang Dilindungi mati / Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sebelum beliau mencapai umur 5 tahun, jumlah yang dibayar di bawah Sijil Takaful ini adalah mengikut jadual berikut:


Umur semasa Kematian / HUKK (Hari Lahir Terakhir)
Peratusan (%) of Jumlah Dilindungi Dibayar
0 tahun
20
1 Tahun
40
2 Tahun
60
3 Tahun
80
4 Tahun
100


Yuran Wakalah


Certificate Year
Yuran Wakalah
1
60%
2
50%
3
30%
4
30%
5
15%
6
10%
Seterusnya
0%


Nota: Yuran Wakalah adalah bermaksud yuran yang dikenakan oleh Pengendali Takaful selaku agen
mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta.
Lebihan 2% Yuran Wakalah akan dikenakan bagi bayaran melalui BIRO ANGKASA.


Tiada caj akan dikenakan keatas penyerahan penuh. Pengeluaran separa atau penyerahan sepenuhnya boleh dilakukan dengan menebus unit di dalam PIA. Jumlah PIA akan turun naik berdasarkan prestasi Dana Shariah MAA Takaful dan ianya tidak dijamin.
Yuran dan caj adalah tertakluk kepada semakan dari semasa ke semasa oleh Pengendali Takaful. Pengendali Takaful mempunyai hak untuk menyemak yuran dan caj dengan memberi Peserta notis bertulis 3 bulan sebelum ulang tahun sijil.

Peruntukan Caruman Takafulink Hajj
Caruman yang dibayar adalah berdasarkan jumlah peruntukan seperti berikut
(contoh adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1,000)


Caruman yang telah diperuntukkan, akan digunakan untuk membeli unit di Dana Shariah MAA Takaful yang telah dipilih oleh anda.Berdasarkan contoh di atas,pada tahun ke 5, RM850 akan digunakan untuk membeli unit di mana beberapa unit akan ditolak untuk membayar yuran dan caj untuk sijil.Yuran Wakalah merupakan jumlah caruman yang tidak diperuntukkan untuk caruman Takafulink Hajj.
Soalan Lazim
1. Adakah saya layak untuk menyertai pelan ini?
Ya, sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari hingga 68 tahun, layak untuk menyertai pelan ini.
2. Bilakah perlindungan saya akan bermula?
Perlindungan anda akan berkuatkuasa setelah pihak Pengendali Takaful meluluskan permohonan anda dan caruman telah dibayar.
Satu Sijil Takaful akan dikeluarkan untuk permohonan yang diluluskan.
3. Bagaimana dengan kadar caruman?
Anda boleh memiliki Takafulink Hajj dengan caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun.Anda diberi fleksibiliti untuk membayar caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau secara tahunan.
4. Bagaimana cara saya membayar caruman*?
Anda boleh membayar dengan tunai, cek, Kad Kredit, Easy Pay (Auto Debit daripada Kad Kredit), Mesin ATM MAA, Pembayaran dikaunter (cawangan MAA atau di Ibu Pejabat), BSN Giro,Biro Angkasa, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Sistem Potongan Gaji dan Perbankan Internet.
* Sila rujuk kepada konsultan untuk maklumat lebih lanjut.
5. Apakah pilihan yang disediakan?
Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda melalui pemberhentian caruman dan masih menikmati Perlindungan Takafulink Hajj selagi baki di dalam PIA masih mencukupi untuk membayar Tabarru’. Sekiranya jumlah PIA menjadi sifar, perlindungan Takaful akan secara automatik tamat.
Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1,000 dalam PIA.Bayaran bagi pengeluaran separa sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap jumlah pengeluaran separa
Takafulink Hajj memberikan anda tambahan fleksibiliti kepada tambah nilai di atas dasar yang tetap dengan Takaful Saver, yang mana bermula serendah RM50 sebulan, pada masa yang sama memberikan 95% peruntukan caruman di tolak dengan yuran tambahan sebanyak RM25. Kemudahan tambah nilai disediakan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan anda. Tambahan pula, Peserta juga mempunyai kemudahan untuk memindahkan semua atau sebahagian daripada jumlah peruntukan unit di dalam PIA ke Dana Shariah MAA Takaful kepada Dana Shariah yang lain, tertakluk kepada yuran dan bayaran seperti di dalam Sijil Takaful.
6. Bagaimana cara saya membuat tuntutan di atas Sijil Takaful?
Apabila berlaku tuntutan Kematian, anda hanya perlu maklumkan Pengendali Takaful secara bertulis tentang hal tuntutan yang ingin dikemukakan dan kami akan menghantar borang tuntutan yang perlu kepada anda.Makluman bertulis mesti dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh tuntutan.
7. Bolehkah saya menyerahkan Sijil Takaful saya?
Ya, anda boleh menyerahkan Sijil anda. Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar apabila anda menyerahkan Sijil Takaful anda.
Jumlah PIA adalah tidak dijamin.Oleh itu, anda dianggap telah menamatkan Perlindungan Takaful anda dan tiada manfaat akan dibayar daripada Akaun Pelaburan Peserta (PRIA).
8. Adakah penalti akan dikenakan jika saya menyerahkan Sijil Takaful saya?
Tidak, tiada penalti akan dikenakan sekiranya anda menyerahkan Sijil Takaful anda.
9. Bagaimanakah dengan penilaian harga unit?
Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan pelaburan Dana Shariah MAA Takaful.
10. Adakah Manfaat Tambahan boleh disertakan pada pelan Takafulink Hajj?
Terdapat pelbagai jenis Manfaat Tambahan untuk disertakan bersama Takafulink Hajj. Sila rujuk kepada konsultan anda untuk maklumat lanjut.




Berminat? Dapatkan Contoh Polisi untuk Anda disini secara Percuma
Interested? Get your free Quotation here .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...